
Monday, October 13, 2008
Bahaya pinggan-mangkuk daripada MELAMINE

Tuesday, September 23, 2008
Tambah Pendapatan Dengan i-Charge

Apa itu I-Charge?

Disamping i-Charge membantu menstabilkan voltan kereta dan sebagai Sistem Doktor Bateri, ia juga membantu kita menambah pendapatan dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat tinggi. Ramai yang telah berjaya menambahkan pendapatan dengan produk i-Charge ini.
untuk maklumat lanjut sila hubungi...
019 3776072
Atau email kan nama dan no talipon anda kepada azharyazid@yahoo.com
Monday, September 22, 2008
Selamat Hari Raya Aidilfitri


Sunday, September 14, 2008
Thursday, September 04, 2008
Tuesday, September 02, 2008
Ramadan Tiba Lagi...
1 September 2008 semua umat Islam menyambut kehadiran bulan Ramadan dengan hati yang gembira dan tidak kurang juga yang menantinya dengan pelbagai perasaan. Yang gembira sudah pastinya para peniaga dimana pada bulan puasa ini masyarakat akan lebih banyak berbelanja berbanding dengan bulan lain. Bagi kanak-kanak yang baru hendak belajar berpuasa pasti pelbagai perasaan yang wujud dalam diri mereka.
Sebenarnya bagi yang sering gestrik atau pedih perut bila waktu tenghari tidak perlu risau. selepas beberapa hari berpuasa perut akan menjadi biasa dengan amalan berpuasa kita.
Teringat aku waktu mula-mula nak belajar berpuasa. Hari pertama puasa, cuma puasa separuh hari sahaja. baru pukul 12 perut dah berbunyi. Macam mana nak puasa penuh satu hari. Kadang-kadang tu sampai nak makan pun sembunyi-sembunyi, takut emak ayah tahu. Tapi waktu tu umur baru dalam 7 atau 8 tahun, baru nak belajar puasa.
Sekarang, sejak aku masuk sekolah menengah, tak pernah lagi aku tinggal puasa tanpa sebab. Rasa seronok pula bila tiba bulan puasa. Bila minggu-minggu terakhir bulan puasa kita akan menikmati nikmatnya berpuasa disamping kita menanti Hari Raya Aidilfitri.
Sunday, August 24, 2008
KETUANAN MELAYU
Wednesday, August 20, 2008
Ungkapan Bestari
- Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.
- Kalau kamu mendapat kesusahan, ingatlah untuk menyimpan kesabaran.
- Kamu tidak boleh memberi kepuasan kepada semua orang, tetapi kamu boleh memberi kepuasan kepada golongan yang berakal, beradap dan terpilih.