Tuesday, September 23, 2008

Tambah Pendapatan Dengan i-Charge



Apa itu I-Charge?

Produk penjagaan kereta terunggul generasi terkini - i-Charge, satu-satunya produk yang dipatenkan dari negara Jepun dimana ianya dapat menstabilkan voltan dalam kereta dan pada masa yang sama berfungsi sebagai Sistem Doktor Bateri serta Sistem Mengurangkan Gangguan Radas Elektronik. Ianya direka khas untuk menjaga dan menstabilkan kesemua bahagian alat elektronik dalam kenderaan serta sistem pencucuhannya, agar prestasi kenderaan lebih optima dan menjimatkan petrol/diesel.




Disamping i-Charge membantu menstabilkan voltan kereta dan sebagai Sistem Doktor Bateri, ia juga membantu kita menambah pendapatan dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat tinggi. Ramai yang telah berjaya menambahkan pendapatan dengan produk i-Charge ini.

untuk maklumat lanjut sila hubungi...

019 3776072

Atau email kan nama dan no talipon anda kepada azharyazid@yahoo.com

Monday, September 22, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin kepada semua rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang melayari Blog aku ni...







Sunday, September 14, 2008

Thursday, September 04, 2008

Tuesday, September 02, 2008

Ramadan Tiba Lagi...

1 September 2008 semua umat Islam menyambut kehadiran bulan Ramadan dengan hati yang gembira dan tidak kurang juga yang menantinya dengan pelbagai perasaan. Yang gembira sudah pastinya para peniaga dimana pada bulan puasa ini masyarakat akan lebih banyak berbelanja berbanding dengan bulan lain. Bagi kanak-kanak yang baru hendak belajar berpuasa pasti pelbagai perasaan yang wujud dalam diri mereka.

Namun setiap kali tiba bulan puasa, inilah aduan yang sering kita dengar dari sesetengah orang. Gestrik, kembung perut, sembelit, pitam dan sebagainya. Tetapi bila tiba hari raya semua penyakit tadi akan hilang dengan sendiri.

Sebenarnya bagi yang sering gestrik atau pedih perut bila waktu tenghari tidak perlu risau. selepas beberapa hari berpuasa perut akan menjadi biasa dengan amalan berpuasa kita.

Teringat aku waktu mula-mula nak belajar berpuasa. Hari pertama puasa, cuma puasa separuh hari sahaja. baru pukul 12 perut dah berbunyi. Macam mana nak puasa penuh satu hari. Kadang-kadang tu sampai nak makan pun sembunyi-sembunyi, takut emak ayah tahu. Tapi waktu tu umur baru dalam 7 atau 8 tahun, baru nak belajar puasa.

Sekarang, sejak aku masuk sekolah menengah, tak pernah lagi aku tinggal puasa tanpa sebab. Rasa seronok pula bila tiba bulan puasa. Bila minggu-minggu terakhir bulan puasa kita akan menikmati nikmatnya berpuasa disamping kita menanti Hari Raya Aidilfitri.