Monday, August 31, 2009

Cantik Di Hati

Banyak diam tidak semestinya seseorang itu bodoh, banyak cakap tidak semestinya seseorang itu cerdik. Kerana kecerdikan itu buah fikiran. Orang yang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap.

Menasihati orang yang bersalah tidak salah, yang salah adalah memikirkan kesalahan orang lain.

Kalau orang yang menghina kita, bukan kita yang terhina tetapi sebenarnya orang itu menghina diri sendiri.

Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasullullah S.A.W bersabda; “sampaikan pesan ku biarpun satu ayat…. “Diam bukan bermakna sombong! Jadi kita dinasihatkan hendaklah kita banyak berdiam (berzikir di dalam hati) dan senyum selalu kerana senyum itu adalah satu sedekah.

Wednesday, August 26, 2009

5 Cara Kurangkan Tekanan Kerja..

Kita sering terleka dengan kerja yang kita buat sehingga kita sering menerima tekanan daripada kerja terbabit. Kita tidak seharusnya merasa tertekan dengan kerja yang diamanahkan kepada kita. Sebaliknya kita hendaklah bijak dalam mencari jalan untuk menghilangkan tekanan daripada kerja. Antara langkah-langkah yang boleh kita lakukan seperti:-

  1. Membaca kisah lucu.
    Membaca bahan lucu bukan hanya boleh membuatkan kita tertawa, tetapi ia juga mampu mengurangkan tekanan. Layari sahaja lman web yang mempunyi cerita lawak mahupun gambar yang boleh membuatkan anda terlupa seketika soal kerja. Namun, awas jangan sehingga terleka.

  2. Berbual dengan teman sebelah.
    Tidak salah jika sesekali kita berbual dengan teman sebelah meja mengenai topik umum mahupun soal politik semasa. Namun jangan pula isu tersebut menjadi sensitif hingga memberi tekanan kepada anda dan yang lebih penting jangan sehingga hubungan anda dengan teman anda terjejas.

  3. Ke pantri atau kafe.
    Anda boleh menjeguk sebentar ke pantri dan membuat sendiri minuman panas anda dan menghirupnya dengan perlahan. Ia akan membuatkan minda anda lebih tenang dan positif.

  4. Ke tandas.
    Bergerak sebentar dan jika anda tidak mempunyai destinasi singgah sebentar ke tandas. Ini kerana sepanjang perjalanan ke tandas anda akan menegur dengan rakan sepejabat dan segarkan diri dengan membasuh muka.

  5. Berkunjung ke tempat baru.
    Jika anda merasa terlalu tertekan, tinggalkan tugasan dan keluar daripada pejabat. Berkunjung ke tempat baru dapat mengurangkan tekanan dan kesegaran yang berbeza. Ia juga memberi inspirasi untuk tugasan yang sedang anda lakukan.

Monday, August 24, 2009

Yang Berjaya Dan Yang Gagal

Yang berjaya selalunya mempunyai perancangan
Yang gagal selalunya mempunyai alasan

Yang berjaya masalah menjadi cabaran
Yang gagal menjadikan masalah sebagai halangan

Yang berjaya selalu berkata "Biar saya buat untuk anda"
Yang gagal akan berkata "Ini bukan kerja saya"

Yang berjaya berkata "Susah tetapi boleh buat"
Yang gagal berkata " Boleh buat tetapi susah"

Yang berjaya memperbaiki kesilapan diri
Yang gagal menyalahkan orang lain

Yang berjaya kegagalan menjadi pengajaran
Yang gagal kegagalan menjadi kecundang

Jadikan pengalaman hari ini sebagai pengajaran, jadikan pengajaran itu sebagai satu tauladan pada masa akan datang.

Wednesday, August 19, 2009

Petua Imam Syafie

EMPAT PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan Mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan Mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3.. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama


EMPAT CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit Dan Bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat Malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak Dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.


SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH .........
'Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang Doktor Neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Quran'.. Kajian perubatan melalui Al-Quran membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Quran. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, Maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!! Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam....... Begitulah keagungan ciptaan Allah!!! Tidak menunaikan sembahyang, akan otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!! Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.'

Tuesday, August 18, 2009

Cinta Seorang Lelaki

Tanda-tanda cinta seorang lelaki terhadap seorang perempuan:-
  • Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk kekasihnya dengan rela dan bukan kerana terpaksa.

  • Dia sentiasa menasihati kekasihnya kerana dia amat menyanyangi kekasihnya.

  • Dia sentiasa takut akan kehilangan kekasihnya.

  • Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya kerana perasaan cemburunya meluap-luap.

  • Dia mudah cemburu dan sensitif jika kekasihnya tidak beri perhatian kepadanya.

  • Dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa sahaja.

  • Dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.

  • Dia lebih mementingkan kekasihnya lebih daripada dirinya sendiri.

  • Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu dengar sabar.

  • Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling penting berbanding dengan orang lain.

  • Bukan semua lelaki sanggup untuk menitiskan air mata untuk seorang perempuan.

Wednesday, August 12, 2009

Lawatan Sambil Belajar Ke Sabah

Baru-baru ni aku buat satu Lawatan Sambil Belajar Komuniti BESTARI Bandar Baru Sentul ke Labuan dan Kota Kinabalu, Sabah. Lawatan ni selama 3 hari 2 malam. 1 hari di Labuan dan 2 hari di Kota Kinabalu. Lawatan ini diserta seramai 2 orang peserta termasuk 3 orang pegawai dari Jabatan Penerangan WPKL. Ini lah kali pertama aku menjejak kaki ke negeri Sabah. Kalau tak kerana program ni entah bila aku nak sampai pun tak tahu..

Banyak tempat-tempat menarik yang kami lawati sepanjang kami kat Labuan dan Kota Kinabalu dan pelbagai kenangan dan pengalaman yang aku dapat daripada lawatan ini. Kat sini aku post kan gambar-gambar sepanjang lawatan tersebut. Kalau boleh lepas ni aku nak pergi sekali lagi dengan family aku.


Di Labuan kami menginab di Apartment Beta. Ia berhampiran dengan pekan Labuan. Semasa kami di Labuan kami bergerak dengan menaiki bas Perbandaran Labuan yang telah disewa khas melalui Pegawai Jabatan Penerangan Labuan.



Kami berkesempatan melawat perusahaan Mee Lidi (kalau kat sini macam mee sanggul je) yang diusahakan oleh AJK Komuniti BESTARI Bukit Kuda, Zon 10, Labuan. Pasaran Mee Lidi ini masih belum sampai ke semenanjung lagi. Buat masa sekarang pasarannya hanya di sekitar Sabah dan Sarawak.



Gambar ni diambil sewaktu kami melawat kaki Gunung Kinabalu. Perjalanan yang diambil dari Kota Kinabalu selama 2 jam dengan menaiki van. Di Kota Kinabalu kami bermalam di Kompleks Sukan Kota Kinabalu. Permandangan di kaki Gunung Kinabalu cukup indah dan angin bertiup agak kuat. Walau tak dapat mendaki dapat lihat dari kaki gunung sudah cukup membanggakan.

Banyak lagi tempat-tempat menarik yang kami kunjunggi sewaktu kami berada di Labuan da Kota Kinabalu. Pengalaman yang diperolehi cukup menarik. Jika ada yang berkesempatan dan belum sampai ke Sabah lagi, eloklah kita melancong melihat keindahan di Sabah. Banyak lagi tempat-tempat perlancongan kat Malaysia ni yang kita boleh melawat.

Thursday, August 06, 2009

Botol NANO - Water Can

Nano water can adalah sejenis bekas air berteknologi Nano dan F.I.R (Pancaran Infra Merah Jauh) yang mampu memecahkan air hingga ke skala terhalus yang membolehkan ia diserap dengan lebih cepat oleh badan kita.

Nano water can yang ringan dan tidak berkarat ini dihasilkan dari Titanium & Stainless Steel. Bahan asas F.I.R pembuatan Nano Water Can ini terdiri daripada serbuk batu batan seperti Tourmaline, Germanium & zamrud yang mengandungi serta memancarkan Infra Merah jauh kekal.

Nano Water Can membantu penyakit-penyakit berikut:-
  • Diabetes (Kencing Manis)
  • Lemah Jantung
  • Gout (Asam Urat)
  • Batu Karang
  • Migran
  • Asma
  • Ulser
  • Membuang Toksin
  • Dan berbagai lagi penyakit lain.

*Sebulan yang lepas aku telah beli Nano Water Can ini dan bagi kepada ayah di kampung untuk menggunakannya. Jika sebelum ni setiap kali selepas turun ke sawah, dia akan sakit sendi-sendi dan urat. Namun selepas sebulan menggunakan Nano Water Can ini, sakit-sakit sendi hilang dan dia boleh turun ke sawah lebih kerap lagi..

Sekarang aku sendiri yang menggunakannya dan alhamdulillah... tenaga semakin bertambah dan aku rasakan cukup berpuas hati dengan Nano Water Can ini.

http://www.smnglobal.com

Wednesday, August 05, 2009

Adakah Cinta Memerlukan Sebab..

Adakah Cinta Memerlukan Sebab?? :
Dalam satu kisah percintaan yang menarik.Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka:-

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami :
Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri :
Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami :
Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri :
Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata:
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

Monday, August 03, 2009

Petua Simpan Rahsia Curang

Untuk berlaku curang kita perlulah mempunyai tahap disiplin yang tinggi untuk menjadi suami yang pandai temberang. Pandai temberang perlukan kemahiran komunikasi. Temberang perlukan disiplin agar tidak menjadi tupai yang jatuh ketanah.
Antara jurus atau pedoman untuk menjadi suami yang pandai temberang adalah:
  • Jangan tinggalkan jejak. Contohnya, padam semua SMS dalam inbox dan outbox telefon serta segala data panggilan sebelum menjejak kaki ke rumah. Jangan tinggalkan tanda apapun di baju atau kenderaan. Sembunyikan apa jua barang yang boleh mengundang curiga.
  • Elakan bercinta dengan gadis satu pejabat. Walaupun anda jujur dan ikhlas untuk mengahwininya kelak tetapi ia mudah mengundang 'soksek' yang boleh memudaratkan imej dan kerjaya.
  • Berterus terang mengenai status. Ini harus dilakukan dengan berhati-hati dan jangan mudah menabur janji. Pengertian daripada sang kekasih memudahkan anda mengatur rancangan untuk langkah seterusnya. Ini jurus paling jitu kerana pintu keluar akan sentiasa terbuka.
  • Semampu mungkin rahsiakan alamat rumah dan no telefon isteri. Ia sebagai persiapan jika berlaku sesuatu yang diluar dugaan. Perempuan sukar diduga. Dalam kelembutan mereka boleh bertindak nekad terutamanya semasa sedang naik angin.
  • Sentiasa bersiap sedia dengan pelbagai rancangan, alasan, jawapan, mahupun temberang. Ini sebagai langkah berjaga-jaga. Siapa tahu isteri bertanyakan hal yang macam-macam. Skrip cerita harus selalu menyakinkan. Usahakan sentiasa menatap matanya bahkan menangis kalau terdesak.
  • Semasa bertemu sang kekasih, pastikan tidak ke tempat yang anda selalu pergi bersama keluarga. Selalu perhatikan tiada sesiapa yang mengenali anda. Ingat! ramai yang suka kita, tetapi lebih ramai yang geram melihat kita 'curang'

Tidak mudah untuk menyimpan rahsia jelik daripada pengetahuan isteri. mempunyai kekasih muda mengundang seribu satu rasa. Rasa yang menyenangkan. Rasa yang membahagiakan seperti kembali ke usia muda. Tentu sahaja, ia berlaku selagi anda belum menjadi tupai yang jatuh ke tanah.

Petikan : Mega, Utusan Malaysia, Isnin 3 Ogos 2009