Wednesday, March 10, 2010

Kerajaan Mansuhkan Bayaran Wad

Kerajaan telah buat keputusan akan memansuhkan bayaran wad bagi kakitangan dan pesara perkhidmatan awam bermula 1 April ini.

Kakitangan dan pesara kerajaan boleh merasa bangga dan senang dengan keputusan ni. lebih lebih lagi bagi mereka yang selalu sangat keluar masuk hospital. dengan caj sebelum ni sebanyak RM3 sehari, tapi selepas ni tiada lagi bayaran yang dikenakan.

Terima kasih kepada kerajaan atas rasa perihatin terhadap kakitangan dan pesara kerajaan lebih lebih lagi bagi golongan bawahan. walaupun kalau kita lihat pemansuhan ini menjejaskan kelayakkan kelas wad yang layak diduduki.

Monday, March 08, 2010

Telor

Macam mana ye diaorang boleh terfikir nak buat benda macam ni....
Kreatif juga..




Saturday, December 12, 2009

Mengenai Mangga

Buah mangga juga mempunyai khasiat tersendiri seperti juga buah-buahan yang lain:
  • Buah mangga dipercayai berasal dari kawasan sekitar Indonesia, Burma iaitu dari selatan Asia Timur dan juga India.
  • Setiap 100 gram mangga yang masak ranum mengandungi sekurang-kurangnya 82 peratus air, 41 mg vitamin C dan 73 kalori.
  • Setiap 100 gram isi buah mangga mengandungi lebih kurang 2.1 gram protein, 0.5 gram lemak, 14.1 gram karbohidrat dan fosforus.
  • Sebiji buah mangga mengandungi lebih kurang 7 - 12 peratus gula, tetapi ada juga yang boleh mencapai sehingga 16 - 18 peratus.
  • Setiap 100 gram mangga muda yang belum matang pula mengandungi lebih kurang 84 peratus air, 65 gram vitamin C dan 65 kalori.
  • Sumber zat lain seperti beta karotin, kalsium juga terkandung di dalam buah mangga.
  • Tekstur isi buah mangga amat berbeza di antara satu sama lain. Ada yang mempunyai tekstur yang lembut seperti buah plum yang masak ranum, dan ada juga yang mempunyai isi yang pejal seperti buah avokado.
  • Rasanya juga pelbagai. Ada yang masam dan ada yang manis. Isi buah yang manis lebih sesuai dijadikan jus. malah kandungan airnya juga tinggi menyebabkan buah ini amat menyegarkan ketika dimakan.
  • Daun buah mangga sangat toksik terhadap lembu.
  • Buah mangga dikatakan dapat melegakan usus kerana ia mudah dicernakan.
  • Buah mangga juga dipercayai dapat membantu menghentikan pendarahan, menguatkan jantung dan memberi manfaat pada otak.
  • Menurut masyarakat India, buah mangga sangat baik untuk perkembangan bayi di dalam kandungan.

Wednesday, September 09, 2009

Ceriakan Hari Anda..

“Kenapa lelaki perlu beristeri tiga…”
Jawapannya kerana:
Kerana kalau kawin satu isONE
Kalau kawin dua isTWO
Kalau kawin tiga barulah isTERI

SENYUM pada orang tua tanda sayang
SENYUM pada kanak-kanak tanda kasih
SENYUM pada kekasih tanda cinta
SENYUM depan telefon tanda gila
Masih SENYUM lagi…. Memang sah GILA!

“manusia jatuh cinta? Tak heran…”
Kuda makan rumput? Tak aneh…
MONYET pandai picit TETIKUS? HEBAT!!!
Masih Picit?
Luar biasa!!!

“Cinta… ibarat kentut…”
Makin dipendam makin gelisah…
Bila dilepaskan….
Ahhhh lega rasanya…

Aku terpaku dek renungan matamu
Hatiku tertanya-tanya, Benarkah ini?
Nafas ku tertahan, kau tunduk segan…
Lalu ku bertanya, “kau…kentutkan?”


“bila hidupmu dalam kegelapan”
Maka berdoalah; dan apabila selesai berdoa,
jika kegelapan masih mengelilingimu maka bayarlah bil elektrik yang tertunggak tu!!

Monday, September 07, 2009

Cerita 20 Ringgit

Seorang bapa pulang dari kerja dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat minuman ayahnya, si anak bertanya kepada ayahnya...

Anak:
Ayah.. ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah:
Hmmm... nak tanya apa?

Anak:
Ayah.. berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah:
Itu bukan urusan kamu.. buat apa sibuk-sibuk nak tanya?.. si ayah mula menengking..

Anak:
Amin saja nak tahu.. tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat.. si anak mula merayu kepada ayahnya.

Ayah:
20 ringgit sejam.. kenapa nak tahu? jerkah ayahnya.

Anak:
Oo.. 20 ringgit.. Amin menundukkan kepalanya.. Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata.."oh.. itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah?.. kamu nak buat apa dengan duit tu?.. mintak sampai 10 ringgit.. nak beli mainan lagi?.. ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. sudah, pergi masuk bilik.. tidur!.. dah pukul berapa ni!!

Si anak terdiam dam perlahan lahan dia masuk ke biliknya.

Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.. kira-kira sejam kemudian, si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit itu untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebegitu banyak.. dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya, didapati anaknya masih belum tidur.

Ayah:
Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? nah.. ambil ni.

Si ayah mengeluarkan sekeping duit warna merah.. si anak segera bangun dan tersenyum girang.

Anak:
Terima kasih banyak ayah.

Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping lagi duit 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal.. bila ternampak duit itu si ayah kembali berang.

Ayah:
Kenapa kamu minta duit lagi sdangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?.. dan dari mana kamu dapat duit tu?..

Si anak tunduk tak berani dia merenung ayahnya.. sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan..

Anak:
Duit ni Amin kumpul dari duit belanja sekolah yang ayah bagi setiap hari.. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit.

Ayah:
Tak cukup duit nak beli apa?.. jerkah ayahnya lagi.

Anak:
Ayah.. sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. nah ayah ambil duit ni.. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat.. Amin nak ayah balik kerja awal esok.. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.. Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya.

Moral...
Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang bekerja keras sepanjang hidupnya.. yang bakal kerja esok lusa.. atau sesiapa saja yang selalu sibuk.. jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama-sama dengan mereka yang begitu rapat dengan kita.. yang sentiasa dihati kita...

Friday, September 04, 2009

Mengatasi Rendah Diri - Dr Fadilah Kamsah

Mengatasi Rendah Diri 1


Mengatasi Rendah Diri 2


Mengatasi Rendah Diri 3


Mengatasi Rendah Diri 4

Thursday, September 03, 2009

Perkara-Perkara Yang Membuat Kita Hilang Ingatan Dan Tumpul Minda

Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu, air dalam tin
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam


Perkara-perkara yang perlu diamalkan

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selalu menggunakan imajenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9..00malam