Tuesday, April 28, 2009

Penyakit Tiroid

Aku cuma nak kongsi maklumat dan pengalaman. Kebanyakan orang tak tau apa itu penyakit TIROID. Kalau ada yang tau tu boleh la kongsi maklumat. Sebab benda ni dah berlaku kat aku, jadi aku rasa baik juga kalau aku kongsi sedikit maklumat yang aku dapat ni...


TIROID adalah satu kelenjar yang terletak di bahagian hadapan leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Penyakit TIROID boleh mempengaruhi hampir kesemua bahagian-bahagian badan dan juga merbahaya untuk kesihatan. Penyakit TIROID lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit ini juga boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan. Rawatan untuk penyakit ini bagaimanapun selamat serta mudah.


Penyakit TIROID Semasa Mengandung...

Penyakit TIROID memberikan risiko pada anda dan juga kandungan. Sebab itulah pentingnya anda menjalani pemeriksaan kesihatan semasa lawatan pertama ke klinik ibu mengandung. Dengan rawatan anda boleh mengandung secara normal dan selamat. Rawatan anda juga mungkin diubah dos ubatnya secara berkala di samping ujian darah dan juga ujian-ujian lain yang difikirkan perlu.
Sumber: Tulisan Prof. Madya Dr. Shah Reza Johan Noor
Pakar Sakit Puan HUSM.

Wednesday, April 15, 2009

Erti Seorang Sahabat

1) kawan tu bukan macam main FUTSAL.
Mula-mula kejar.. dah dapat sepak..

2) kawan tu bukan macam main SKATE.
Mula-mula gosok..lepas tu pijak...

3) kawan tu bukan macam main RAGBI.
Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..

4) kawan tu bukannya macam PAMPERS..
dah pakai, buang..

5) kawan tu bukannya macam BARANG KEMAS.
Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.

6) kawan tu bukan macam PELANGI...

Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..

7) kawan tu bukan macam KERETA.
Rosak sikit jual.. ambil kereta baru..

8) kawan tu bukan macam CHIPSMORE..
kejap ade kejap takde..

9) kawan tu bukan macam BANK.
Bila dah takde duit, pergi kat
sana ambik...


Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis,
sedih, berduka dan sebagai nya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya. . :)

MUAH....MUAH! !!!!