Tuesday, April 28, 2009

Penyakit Tiroid

Aku cuma nak kongsi maklumat dan pengalaman. Kebanyakan orang tak tau apa itu penyakit TIROID. Kalau ada yang tau tu boleh la kongsi maklumat. Sebab benda ni dah berlaku kat aku, jadi aku rasa baik juga kalau aku kongsi sedikit maklumat yang aku dapat ni...


TIROID adalah satu kelenjar yang terletak di bahagian hadapan leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Penyakit TIROID boleh mempengaruhi hampir kesemua bahagian-bahagian badan dan juga merbahaya untuk kesihatan. Penyakit TIROID lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit ini juga boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan. Rawatan untuk penyakit ini bagaimanapun selamat serta mudah.


Penyakit TIROID Semasa Mengandung...

Penyakit TIROID memberikan risiko pada anda dan juga kandungan. Sebab itulah pentingnya anda menjalani pemeriksaan kesihatan semasa lawatan pertama ke klinik ibu mengandung. Dengan rawatan anda boleh mengandung secara normal dan selamat. Rawatan anda juga mungkin diubah dos ubatnya secara berkala di samping ujian darah dan juga ujian-ujian lain yang difikirkan perlu.
Sumber: Tulisan Prof. Madya Dr. Shah Reza Johan Noor
Pakar Sakit Puan HUSM.

Wednesday, April 15, 2009

Erti Seorang Sahabat

1) kawan tu bukan macam main FUTSAL.
Mula-mula kejar.. dah dapat sepak..

2) kawan tu bukan macam main SKATE.
Mula-mula gosok..lepas tu pijak...

3) kawan tu bukan macam main RAGBI.
Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..

4) kawan tu bukannya macam PAMPERS..
dah pakai, buang..

5) kawan tu bukannya macam BARANG KEMAS.
Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.

6) kawan tu bukan macam PELANGI...

Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..

7) kawan tu bukan macam KERETA.
Rosak sikit jual.. ambil kereta baru..

8) kawan tu bukan macam CHIPSMORE..
kejap ade kejap takde..

9) kawan tu bukan macam BANK.
Bila dah takde duit, pergi kat
sana ambik...


Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis,
sedih, berduka dan sebagai nya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya. . :)

MUAH....MUAH! !!!!

Monday, October 13, 2008

Bahaya pinggan-mangkuk daripada MELAMINE


Kebanyakan pinggan plastic di Malaysia dibuat daripada MELAMINE yang mengandungi 'urea formaldehyde' dan sangat berbahaya kepada kesihatan. Urea Formaldehyde adalah sejenis bahan yang biasanya digunakan untuk membuat bekas barangan electric dan 'insulation' wayar electrik. Bahan ini amat berbahaya jika memasuki badan manusia. Ia boleh menyebabkan masalah sistem penghadaman, masalah pernafasan, batu karang, kegagalan buah pinggang, cancer pundi kencing dan kerosakan sistem pembiakan. Kebanyakan restoran-restoran di Malaysia juga menggunakan pinggan jenis ini kerana ia tidak mudah pecah dan kelihatan cantik seperti pinggan ceramic. Mudah sahaja untuk mengenali pinggan mangkuk yang diperbuat daripada melamine. Pada kebiasaanya di bawah pinggan ini tertulis MELAMINE. Tetapi pinggan-pinggan melamine yang di buat di Thailand atau China selalunya tidak menulis perkataan ini di pinggan tersebut. Mangkuk pinggan melamine dari Thailand adalah jenis paling berbahaya disebabkan bahan kimia yang terdapat dalam pinggan mangkuk tersebut sangat mudah 'leech out' ke dalam makanan kita, terutamanya jika makanan itu panas. Oleh itu elakkan semua pinggan mangkuk plastik yg kelihatan berkilat seperti seramik, kerana ia kemungkinan besar adalah melamine. Selain itu, bahan MELAMINE ini juga boleh bertindak-balas dengan bahan makanan dan membentuk racun yang lebih berbahaya, iaitu melamine cyanurate. Bahan ini akan membentuk crystal seperti kaca yang boleh merosakkan salur darah dan buah pinggang. Baru-baru ini kecoh berita tentang pencemaran melamine di dalam susu kanak-kanak. Kira-kira 15 bayi telah mati dan beratus-ratus sakit buah pinggang di China disebabkan oleh bahan ini. Pada tahun 2007 juga, telah kecoh di Amerika Syarikat kerana bahan melamine yang mencemarkan makanan haiwan peliharaan telah membunuh beratus-ratus binatang peliharaan. Ini adalah bahan yang SAMA digunakan di dalam pembuatan pinggan melamine. Pinggan-mangkuk melamine ini banyak dijual di pasaraya di Malaysia termasuk di TESCO, GIANT, MYDIN, CARREFOUR dan byk lagi. Untuk keselamatan, gunalah pinggan yg dibuat dari kaca atau seramik kerana bahan ini adalah sangat 'stable' dan tidak beracun.

Tuesday, September 23, 2008

Tambah Pendapatan Dengan i-Charge



Apa itu I-Charge?

Produk penjagaan kereta terunggul generasi terkini - i-Charge, satu-satunya produk yang dipatenkan dari negara Jepun dimana ianya dapat menstabilkan voltan dalam kereta dan pada masa yang sama berfungsi sebagai Sistem Doktor Bateri serta Sistem Mengurangkan Gangguan Radas Elektronik. Ianya direka khas untuk menjaga dan menstabilkan kesemua bahagian alat elektronik dalam kenderaan serta sistem pencucuhannya, agar prestasi kenderaan lebih optima dan menjimatkan petrol/diesel.




Disamping i-Charge membantu menstabilkan voltan kereta dan sebagai Sistem Doktor Bateri, ia juga membantu kita menambah pendapatan dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat tinggi. Ramai yang telah berjaya menambahkan pendapatan dengan produk i-Charge ini.

untuk maklumat lanjut sila hubungi...

019 3776072

Atau email kan nama dan no talipon anda kepada azharyazid@yahoo.com

Monday, September 22, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin kepada semua rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang melayari Blog aku ni...







Sunday, September 14, 2008

Thursday, September 04, 2008