

DULU kipas tangan ni jadi peneman kita kalau kita panas tak kira siang atau malam.
SEKARANG ni semua rumah dah pasang aircon. Siang malam pasang Aircon. Kalau tak buka Aircon tak boleh duduk dalam rumah la.... Panas..
DULU mesin taip digunakan untuk menaip surat atau borang yang berkaitan dengan kerja-kerja pengkeranian dan sebagainya..... 
SEKARANG semua pejabat dah guna komputer untuk menaip surat atau kerja-kerja yang berkaitan dengan perkeranian.. sekarang ni pun hampir setiap orang ada komputer sendiri... seorang satu komputer.
Walau pun banyak lagi benda yang kita boleh buat perbandingan antara dulu dengan sekarang... aku cuma pilih yang ini sahaja... yang lain kau orang fikir sendiri la... Zaman dah berubah, dunia dah makin maju.









