Sunday, August 24, 2008

KETUANAN MELAYU

Apabila dibangkitkan bahawa istilah ketuanan Melayu kononnya membawa maksud kekuasaan Melayu dalam konteks sehingga boleh menghambakan bangsa lain, maka ia kesimpulan yang tidak tepat dan mesti dibetulkan.
Bukan sahaja maksud ketuanan Melayu telah disalahertikan oleh orang bukan Melayu, malah secara realitinya boleh dilihat dengan jelas siapa sebenarnya yang menjadi 'Hamba' kepada sesiapa.
Hakikatnya, kebimbangan istilah ketuanan Melayu kononnya menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan kaum-kaum bukan Melayu mesti berasaskan kepada fakta yang berpijak di bumi nyata.
Sehubungan itu, rakyat negara ini tidak terlalu sensitif terhadap istilah ketuanan Melayu sebaliknya mereka harus melihat perkara itu secara positif dari sudut sejarah dan perlembagaan negara. apa yang paling penting, setiap rakyat perlu memahami bahawa maksud ketuanan Melayu itu, tidak bermakna kaum Melayu adalah tuan dan bukan Melayu adalah hamba.

1 comment:

MR.WILD_DRAGON said...

Kita selalu bermegah dengan Ketuanan Melayu......hakikatnya Dimana melayu itu meletakan Melayunya Bangsa Itu.......Bukan dengan niat untuk memburukan orang melayu.....hakikatnya Lu Fikir la Sendiri........