Tuesday, April 28, 2009

Penyakit Tiroid

Aku cuma nak kongsi maklumat dan pengalaman. Kebanyakan orang tak tau apa itu penyakit TIROID. Kalau ada yang tau tu boleh la kongsi maklumat. Sebab benda ni dah berlaku kat aku, jadi aku rasa baik juga kalau aku kongsi sedikit maklumat yang aku dapat ni...


TIROID adalah satu kelenjar yang terletak di bahagian hadapan leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Penyakit TIROID boleh mempengaruhi hampir kesemua bahagian-bahagian badan dan juga merbahaya untuk kesihatan. Penyakit TIROID lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit ini juga boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan. Rawatan untuk penyakit ini bagaimanapun selamat serta mudah.


Penyakit TIROID Semasa Mengandung...

Penyakit TIROID memberikan risiko pada anda dan juga kandungan. Sebab itulah pentingnya anda menjalani pemeriksaan kesihatan semasa lawatan pertama ke klinik ibu mengandung. Dengan rawatan anda boleh mengandung secara normal dan selamat. Rawatan anda juga mungkin diubah dos ubatnya secara berkala di samping ujian darah dan juga ujian-ujian lain yang difikirkan perlu.
Sumber: Tulisan Prof. Madya Dr. Shah Reza Johan Noor
Pakar Sakit Puan HUSM.

3 comments:

badakbiru said...

u mengidap penyakit tu ke?mcm mana simptom2 nye..?

azahar said...

antara tanda-tandanya...
- Berat badan semakin menurun
- Kurang selera makan
- Badan mudah letih
- tekanan darah menurun

itu tanda-tanda yang nampak pada peringkat awal.

Unknown said...

org kne tiroid ni tgn dia ketar2 x?