Saturday, December 12, 2009

Mengenai Mangga

Buah mangga juga mempunyai khasiat tersendiri seperti juga buah-buahan yang lain:
  • Buah mangga dipercayai berasal dari kawasan sekitar Indonesia, Burma iaitu dari selatan Asia Timur dan juga India.
  • Setiap 100 gram mangga yang masak ranum mengandungi sekurang-kurangnya 82 peratus air, 41 mg vitamin C dan 73 kalori.
  • Setiap 100 gram isi buah mangga mengandungi lebih kurang 2.1 gram protein, 0.5 gram lemak, 14.1 gram karbohidrat dan fosforus.
  • Sebiji buah mangga mengandungi lebih kurang 7 - 12 peratus gula, tetapi ada juga yang boleh mencapai sehingga 16 - 18 peratus.
  • Setiap 100 gram mangga muda yang belum matang pula mengandungi lebih kurang 84 peratus air, 65 gram vitamin C dan 65 kalori.
  • Sumber zat lain seperti beta karotin, kalsium juga terkandung di dalam buah mangga.
  • Tekstur isi buah mangga amat berbeza di antara satu sama lain. Ada yang mempunyai tekstur yang lembut seperti buah plum yang masak ranum, dan ada juga yang mempunyai isi yang pejal seperti buah avokado.
  • Rasanya juga pelbagai. Ada yang masam dan ada yang manis. Isi buah yang manis lebih sesuai dijadikan jus. malah kandungan airnya juga tinggi menyebabkan buah ini amat menyegarkan ketika dimakan.
  • Daun buah mangga sangat toksik terhadap lembu.
  • Buah mangga dikatakan dapat melegakan usus kerana ia mudah dicernakan.
  • Buah mangga juga dipercayai dapat membantu menghentikan pendarahan, menguatkan jantung dan memberi manfaat pada otak.
  • Menurut masyarakat India, buah mangga sangat baik untuk perkembangan bayi di dalam kandungan.

No comments: