Friday, September 04, 2009

Mengatasi Rendah Diri - Dr Fadilah Kamsah

Mengatasi Rendah Diri 1


Mengatasi Rendah Diri 2


Mengatasi Rendah Diri 3


Mengatasi Rendah Diri 4

Thursday, September 03, 2009

Perkara-Perkara Yang Membuat Kita Hilang Ingatan Dan Tumpul Minda

Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu, air dalam tin
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam


Perkara-perkara yang perlu diamalkan

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selalu menggunakan imajenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9..00malam

Wednesday, September 02, 2009

Pemimpin Kita

Perdana Menteri Pertama
Tunku Abdul Rahman
(1957 – 1970)


31 Ogos 1957
Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada British.

12 Julai 1960
Perintah Darurat berikutan ancaman pengganas komunis yang dilaksanakan sejak tahun 1948 ditarik balik di Persekutuan Tanah Melayu.

16 September 1963
Malaysia dibentuk secara rasmi merangkumi negeri-negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura.

30 September 1963
Lembaga Urusan Tabung Haji mula beroperasi yang bukan sahaja untuk pengurusan ibadat haji tetapi juga bertujuan mewujudkan skim tabungan kepada masyarakat Islam.

9 Ogos 1965
Singapura keluar dari Malaysia. Keputusan tersebut diambil oleh Tunku Abdul Rahman berikutan beberapa faktor terutamanya bahaya politik berasaskan perkauman yang dibawa pemimpin Singapura.

28 Mei 1966
Konfrantasi Indonesia keatas Malaysia diisytiharkan tamat yang disusuli tidak lama kemudian dengan satu perjanjian keamanan.

13 Mei 1969
Pergaduhan kaum terburuk dalam sejarah negara. Peristiwa berdarah yang lebih dikenali sebagai Tragedi 13 Mei itu turut meragut banyak nyawa. Berikutan itu fungsi Parlimen telah digantung dan negara ditadbir oleh Majlis Gerakan Negara (Mageran) sehinggalah dua tahun kemudian.

31 Ogos 1970
Rukun Negara dibentuk kira-kira setahun selepas Tragedi 13 Mei. Ia menjadi ideologi kebangsaan yang terus diamalkan sehingga sekarang.


Perdana Menteri Kedua
Tun Abdul Razak
(1970 – 1976)

1971
Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan yang mempunyai strategi serampang dua mata iaitu untuk menyusun semula masyarakat berikutan ketidakseimbangan ekonomi dan juga membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.

1 Februari 1974
Wilayah Persekutuan secara rasmi ditubuhkan dengan melibatkan kawasan Kuala Lumpur yang seterusnya menjadi Ibu Negara.

17 Ogos 1974
Petronas atau Petrolium Nasional Berhad ditubuhkan secara rasmi.

1975
Rukun Tetangga yang ditubuhkan bagi membolehkan rakyat mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Ia menjadi medium utama kepada kerajaan ketika itu dalam menyatupadukan rakyat dan mewujudkan keamanan.


Perdana Menteri Ketiga
Tun Hussein Onn
(1976 – 1981)

17 Mac 1978
Permodalan Nasional Berhad (PNB) ditubuhkan untuk meningkatkan tabungan bumiputra. Berikutan itu lahirlah skim amanahnya yang pertama iaitu Amanah Saham Nasional (ASN). Ia dilancarkan secara rasmi oleh Tun Hussein Onn pada April 1981.


Perdana Menteri Keempat
Tun Mahathir Mohamed
(1981 – 2003)

9 Julai 1985
Kereta nasional pertama, Proton Saga dilancarkan.

14 September 1985
Jambatan Pulau Pinang mula dibuka kepada lalu lintas. Jambatan kebanggaan negara itu bukan sahaja antara jambatan terpanjang di Asia ketika itu tetapi juga dianggap sebagai pencapaian hebat dalam kejuruteraan.

2 Disember 1989
Perjanjian damai antara Parti Komunis Malaya (PKM) dan Kerajaan Malaysia dimeterai di Haadyai, Thailand. Perjanjian itu menandakan penamatan pemberontakan bersenjata oleh pengganas komunis selama lebih 40 tahun.

29 Ogos 1994
Perodua iaitu syarikat kereta nasional kedua melancarkan modelnya yang pertama iaitu Perodua Kancil.

13 Januari 1996
Satelit komunikasi pertama syarikat Measat, MEASAT-1 dilancarkan ke orbit. Pelancaran satelit berkenaan menandakan bermulanya era televisyen satelit berbayar di negara ini.

1 Oktober 1996
Satu lagi mercu tanda ibu negara iaitu Menara Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamed. Menara telekomunikasi yang terletak 515 meter dari aras laut itu mempunyai ketinggian sebenar 421 meter.

4 Oktober 1996
Motoskal Modenas yang pertama dikeluarkan – Kriss.

27 Jun 1998
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terletak di Sepang dirasmikan. Lapangan Terbang serba moden itu menelan kos sebanyak RM9 bilion.

31 Ogos 1998
Menara Berkembar Petronas secara rasmi dibuka dan ia menjadi bangunan tertinggi di dunia ketika itu sehingga tahun 2004. namun menara itu masih kekal sebagai bangunan berkembar tertinggi di dunia.

9 Mac 1999
Litar Antarabangsa Sepang dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Perlumbaan berprestij Formula 1 kemudiannya dilangsungkan pertama kali di litar F-1 Sepang pada 17 Oktober tahun yang sama.

1 Februari 2001
Putrajaya disatukan secara rasmi dengan Wilayah Persekutuan. Dari tarikh itu Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan bertempat di Putrajaya. Ia mula dibina sejak tahun 1995.


Perdana Menteri Kelima
Tun Abdullah Ahmad Badawi
(2003 – 2009)

10 Oktober 2007
Sheikh Muszapar Shukor menjadi rakyat Malaysia pertama berjaya ke angkasa lepas. Doktor perubatan kelahiran Seremban itu berada di angkasa selama 10 hari.


Perdana Menteri Keenam
Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak
(2009 – kini)

Tuesday, September 01, 2009

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 pada tahun ini dilihat yang paling ringkas sekali apabila berlangsung kurang 40 minit di Dataran Parlimen, namun ia tetap menaikan semangat cintakan negara di kalangan rakyat. Tema Kemerdekaan pada tahun ini ialah 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Walau sambutannya agak berbeza dari tahun-tahun yang lepas, namun apa yang penting, rakyat haruslah melihat nikmat kemerdekaan yang dikecapi hari ini sebagai satu anugerah yang tidak ternilai harganya.

Semangat kemerdekaan dan cintakan negara yang ditunjukkan oleh golongan belia pada hari ini sebagai suatu perkara yang boleh membanggakan negara walaupun mereka dilihat agak leka dengan peredaran zaman.

1Malaysia, walau berbeza kaum dan agama, kita bersatu dalam menyambut kemerdekaan negara yang tercinta.

Monday, August 31, 2009

Cantik Di Hati

Banyak diam tidak semestinya seseorang itu bodoh, banyak cakap tidak semestinya seseorang itu cerdik. Kerana kecerdikan itu buah fikiran. Orang yang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap.

Menasihati orang yang bersalah tidak salah, yang salah adalah memikirkan kesalahan orang lain.

Kalau orang yang menghina kita, bukan kita yang terhina tetapi sebenarnya orang itu menghina diri sendiri.

Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasullullah S.A.W bersabda; “sampaikan pesan ku biarpun satu ayat…. “Diam bukan bermakna sombong! Jadi kita dinasihatkan hendaklah kita banyak berdiam (berzikir di dalam hati) dan senyum selalu kerana senyum itu adalah satu sedekah.

Wednesday, August 26, 2009

5 Cara Kurangkan Tekanan Kerja..

Kita sering terleka dengan kerja yang kita buat sehingga kita sering menerima tekanan daripada kerja terbabit. Kita tidak seharusnya merasa tertekan dengan kerja yang diamanahkan kepada kita. Sebaliknya kita hendaklah bijak dalam mencari jalan untuk menghilangkan tekanan daripada kerja. Antara langkah-langkah yang boleh kita lakukan seperti:-

  1. Membaca kisah lucu.
    Membaca bahan lucu bukan hanya boleh membuatkan kita tertawa, tetapi ia juga mampu mengurangkan tekanan. Layari sahaja lman web yang mempunyi cerita lawak mahupun gambar yang boleh membuatkan anda terlupa seketika soal kerja. Namun, awas jangan sehingga terleka.

  2. Berbual dengan teman sebelah.
    Tidak salah jika sesekali kita berbual dengan teman sebelah meja mengenai topik umum mahupun soal politik semasa. Namun jangan pula isu tersebut menjadi sensitif hingga memberi tekanan kepada anda dan yang lebih penting jangan sehingga hubungan anda dengan teman anda terjejas.

  3. Ke pantri atau kafe.
    Anda boleh menjeguk sebentar ke pantri dan membuat sendiri minuman panas anda dan menghirupnya dengan perlahan. Ia akan membuatkan minda anda lebih tenang dan positif.

  4. Ke tandas.
    Bergerak sebentar dan jika anda tidak mempunyai destinasi singgah sebentar ke tandas. Ini kerana sepanjang perjalanan ke tandas anda akan menegur dengan rakan sepejabat dan segarkan diri dengan membasuh muka.

  5. Berkunjung ke tempat baru.
    Jika anda merasa terlalu tertekan, tinggalkan tugasan dan keluar daripada pejabat. Berkunjung ke tempat baru dapat mengurangkan tekanan dan kesegaran yang berbeza. Ia juga memberi inspirasi untuk tugasan yang sedang anda lakukan.

Monday, August 24, 2009

Yang Berjaya Dan Yang Gagal

Yang berjaya selalunya mempunyai perancangan
Yang gagal selalunya mempunyai alasan

Yang berjaya masalah menjadi cabaran
Yang gagal menjadikan masalah sebagai halangan

Yang berjaya selalu berkata "Biar saya buat untuk anda"
Yang gagal akan berkata "Ini bukan kerja saya"

Yang berjaya berkata "Susah tetapi boleh buat"
Yang gagal berkata " Boleh buat tetapi susah"

Yang berjaya memperbaiki kesilapan diri
Yang gagal menyalahkan orang lain

Yang berjaya kegagalan menjadi pengajaran
Yang gagal kegagalan menjadi kecundang

Jadikan pengalaman hari ini sebagai pengajaran, jadikan pengajaran itu sebagai satu tauladan pada masa akan datang.