Wednesday, September 02, 2009

Pemimpin Kita

Perdana Menteri Pertama
Tunku Abdul Rahman
(1957 – 1970)


31 Ogos 1957
Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada British.

12 Julai 1960
Perintah Darurat berikutan ancaman pengganas komunis yang dilaksanakan sejak tahun 1948 ditarik balik di Persekutuan Tanah Melayu.

16 September 1963
Malaysia dibentuk secara rasmi merangkumi negeri-negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura.

30 September 1963
Lembaga Urusan Tabung Haji mula beroperasi yang bukan sahaja untuk pengurusan ibadat haji tetapi juga bertujuan mewujudkan skim tabungan kepada masyarakat Islam.

9 Ogos 1965
Singapura keluar dari Malaysia. Keputusan tersebut diambil oleh Tunku Abdul Rahman berikutan beberapa faktor terutamanya bahaya politik berasaskan perkauman yang dibawa pemimpin Singapura.

28 Mei 1966
Konfrantasi Indonesia keatas Malaysia diisytiharkan tamat yang disusuli tidak lama kemudian dengan satu perjanjian keamanan.

13 Mei 1969
Pergaduhan kaum terburuk dalam sejarah negara. Peristiwa berdarah yang lebih dikenali sebagai Tragedi 13 Mei itu turut meragut banyak nyawa. Berikutan itu fungsi Parlimen telah digantung dan negara ditadbir oleh Majlis Gerakan Negara (Mageran) sehinggalah dua tahun kemudian.

31 Ogos 1970
Rukun Negara dibentuk kira-kira setahun selepas Tragedi 13 Mei. Ia menjadi ideologi kebangsaan yang terus diamalkan sehingga sekarang.


Perdana Menteri Kedua
Tun Abdul Razak
(1970 – 1976)

1971
Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan yang mempunyai strategi serampang dua mata iaitu untuk menyusun semula masyarakat berikutan ketidakseimbangan ekonomi dan juga membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.

1 Februari 1974
Wilayah Persekutuan secara rasmi ditubuhkan dengan melibatkan kawasan Kuala Lumpur yang seterusnya menjadi Ibu Negara.

17 Ogos 1974
Petronas atau Petrolium Nasional Berhad ditubuhkan secara rasmi.

1975
Rukun Tetangga yang ditubuhkan bagi membolehkan rakyat mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Ia menjadi medium utama kepada kerajaan ketika itu dalam menyatupadukan rakyat dan mewujudkan keamanan.


Perdana Menteri Ketiga
Tun Hussein Onn
(1976 – 1981)

17 Mac 1978
Permodalan Nasional Berhad (PNB) ditubuhkan untuk meningkatkan tabungan bumiputra. Berikutan itu lahirlah skim amanahnya yang pertama iaitu Amanah Saham Nasional (ASN). Ia dilancarkan secara rasmi oleh Tun Hussein Onn pada April 1981.


Perdana Menteri Keempat
Tun Mahathir Mohamed
(1981 – 2003)

9 Julai 1985
Kereta nasional pertama, Proton Saga dilancarkan.

14 September 1985
Jambatan Pulau Pinang mula dibuka kepada lalu lintas. Jambatan kebanggaan negara itu bukan sahaja antara jambatan terpanjang di Asia ketika itu tetapi juga dianggap sebagai pencapaian hebat dalam kejuruteraan.

2 Disember 1989
Perjanjian damai antara Parti Komunis Malaya (PKM) dan Kerajaan Malaysia dimeterai di Haadyai, Thailand. Perjanjian itu menandakan penamatan pemberontakan bersenjata oleh pengganas komunis selama lebih 40 tahun.

29 Ogos 1994
Perodua iaitu syarikat kereta nasional kedua melancarkan modelnya yang pertama iaitu Perodua Kancil.

13 Januari 1996
Satelit komunikasi pertama syarikat Measat, MEASAT-1 dilancarkan ke orbit. Pelancaran satelit berkenaan menandakan bermulanya era televisyen satelit berbayar di negara ini.

1 Oktober 1996
Satu lagi mercu tanda ibu negara iaitu Menara Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamed. Menara telekomunikasi yang terletak 515 meter dari aras laut itu mempunyai ketinggian sebenar 421 meter.

4 Oktober 1996
Motoskal Modenas yang pertama dikeluarkan – Kriss.

27 Jun 1998
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terletak di Sepang dirasmikan. Lapangan Terbang serba moden itu menelan kos sebanyak RM9 bilion.

31 Ogos 1998
Menara Berkembar Petronas secara rasmi dibuka dan ia menjadi bangunan tertinggi di dunia ketika itu sehingga tahun 2004. namun menara itu masih kekal sebagai bangunan berkembar tertinggi di dunia.

9 Mac 1999
Litar Antarabangsa Sepang dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Perlumbaan berprestij Formula 1 kemudiannya dilangsungkan pertama kali di litar F-1 Sepang pada 17 Oktober tahun yang sama.

1 Februari 2001
Putrajaya disatukan secara rasmi dengan Wilayah Persekutuan. Dari tarikh itu Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan bertempat di Putrajaya. Ia mula dibina sejak tahun 1995.


Perdana Menteri Kelima
Tun Abdullah Ahmad Badawi
(2003 – 2009)

10 Oktober 2007
Sheikh Muszapar Shukor menjadi rakyat Malaysia pertama berjaya ke angkasa lepas. Doktor perubatan kelahiran Seremban itu berada di angkasa selama 10 hari.


Perdana Menteri Keenam
Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak
(2009 – kini)

No comments: