Monday, September 07, 2009

Cerita 20 Ringgit

Seorang bapa pulang dari kerja dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat minuman ayahnya, si anak bertanya kepada ayahnya...

Anak:
Ayah.. ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah:
Hmmm... nak tanya apa?

Anak:
Ayah.. berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah:
Itu bukan urusan kamu.. buat apa sibuk-sibuk nak tanya?.. si ayah mula menengking..

Anak:
Amin saja nak tahu.. tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat.. si anak mula merayu kepada ayahnya.

Ayah:
20 ringgit sejam.. kenapa nak tahu? jerkah ayahnya.

Anak:
Oo.. 20 ringgit.. Amin menundukkan kepalanya.. Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata.."oh.. itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah?.. kamu nak buat apa dengan duit tu?.. mintak sampai 10 ringgit.. nak beli mainan lagi?.. ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. sudah, pergi masuk bilik.. tidur!.. dah pukul berapa ni!!

Si anak terdiam dam perlahan lahan dia masuk ke biliknya.

Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.. kira-kira sejam kemudian, si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit itu untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebegitu banyak.. dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya, didapati anaknya masih belum tidur.

Ayah:
Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? nah.. ambil ni.

Si ayah mengeluarkan sekeping duit warna merah.. si anak segera bangun dan tersenyum girang.

Anak:
Terima kasih banyak ayah.

Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping lagi duit 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal.. bila ternampak duit itu si ayah kembali berang.

Ayah:
Kenapa kamu minta duit lagi sdangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?.. dan dari mana kamu dapat duit tu?..

Si anak tunduk tak berani dia merenung ayahnya.. sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan..

Anak:
Duit ni Amin kumpul dari duit belanja sekolah yang ayah bagi setiap hari.. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit.

Ayah:
Tak cukup duit nak beli apa?.. jerkah ayahnya lagi.

Anak:
Ayah.. sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. nah ayah ambil duit ni.. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat.. Amin nak ayah balik kerja awal esok.. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.. Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya.

Moral...
Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang bekerja keras sepanjang hidupnya.. yang bakal kerja esok lusa.. atau sesiapa saja yang selalu sibuk.. jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama-sama dengan mereka yang begitu rapat dengan kita.. yang sentiasa dihati kita...

No comments: