Thursday, July 30, 2009

Kebersihan Tangan.

Virus H1N1 ini merupakan satu virus yang merbahaya. Walaupun jumlah kematian di Malaysia akibat virus ini masih dalam jumlah kecil, kita tidak boleh pandang ringan dalam hal tersebut. Virus ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja walaupun seseorang itu merasakan antibodinya kuat dan mampu untuk menahan virus tersebut.

Namun begitu kita boleh mencegah virus tersebut dengan beberapa kaedah atau cara terutamanya dari segi kebersihan tangan. Kita perlulah sentiasa mencuci tangan kita bagi memastikan ianya sentiasa bersih. Terdapat 7 cara untuk kita membasuh tangan agar ia benar-benar bersih.

1. Basahkan tangan dan ratakan sabun dengan sempurna.
2. Gosok kedua-dua tapak tangan.
3. Gosok setiap jari dan celah jari.
4. Gosok kuku di tapak tangan.
5. Gosok belakang tangan dan celah jari.
6. Basuh tangan dengan air bersih secukupnya.
7. keringkan tangan dengan kain bersih atau tisu.

Dengan kita menjaga kebersihan tangan diharap kita dapat menhindari dari virus H1N1 dan pelbagai penyakit yang lain.

"mencegah lebih baik dari merawat".

No comments: