Monday, August 03, 2009

Petua Simpan Rahsia Curang

Untuk berlaku curang kita perlulah mempunyai tahap disiplin yang tinggi untuk menjadi suami yang pandai temberang. Pandai temberang perlukan kemahiran komunikasi. Temberang perlukan disiplin agar tidak menjadi tupai yang jatuh ketanah.
Antara jurus atau pedoman untuk menjadi suami yang pandai temberang adalah:
  • Jangan tinggalkan jejak. Contohnya, padam semua SMS dalam inbox dan outbox telefon serta segala data panggilan sebelum menjejak kaki ke rumah. Jangan tinggalkan tanda apapun di baju atau kenderaan. Sembunyikan apa jua barang yang boleh mengundang curiga.
  • Elakan bercinta dengan gadis satu pejabat. Walaupun anda jujur dan ikhlas untuk mengahwininya kelak tetapi ia mudah mengundang 'soksek' yang boleh memudaratkan imej dan kerjaya.
  • Berterus terang mengenai status. Ini harus dilakukan dengan berhati-hati dan jangan mudah menabur janji. Pengertian daripada sang kekasih memudahkan anda mengatur rancangan untuk langkah seterusnya. Ini jurus paling jitu kerana pintu keluar akan sentiasa terbuka.
  • Semampu mungkin rahsiakan alamat rumah dan no telefon isteri. Ia sebagai persiapan jika berlaku sesuatu yang diluar dugaan. Perempuan sukar diduga. Dalam kelembutan mereka boleh bertindak nekad terutamanya semasa sedang naik angin.
  • Sentiasa bersiap sedia dengan pelbagai rancangan, alasan, jawapan, mahupun temberang. Ini sebagai langkah berjaga-jaga. Siapa tahu isteri bertanyakan hal yang macam-macam. Skrip cerita harus selalu menyakinkan. Usahakan sentiasa menatap matanya bahkan menangis kalau terdesak.
  • Semasa bertemu sang kekasih, pastikan tidak ke tempat yang anda selalu pergi bersama keluarga. Selalu perhatikan tiada sesiapa yang mengenali anda. Ingat! ramai yang suka kita, tetapi lebih ramai yang geram melihat kita 'curang'

Tidak mudah untuk menyimpan rahsia jelik daripada pengetahuan isteri. mempunyai kekasih muda mengundang seribu satu rasa. Rasa yang menyenangkan. Rasa yang membahagiakan seperti kembali ke usia muda. Tentu sahaja, ia berlaku selagi anda belum menjadi tupai yang jatuh ke tanah.

Petikan : Mega, Utusan Malaysia, Isnin 3 Ogos 2009

No comments: