Monday, August 24, 2009
Yang Berjaya Dan Yang Gagal
Yang gagal selalunya mempunyai alasan
Yang berjaya masalah menjadi cabaran
Yang gagal menjadikan masalah sebagai halangan
Yang berjaya selalu berkata "Biar saya buat untuk anda"
Yang gagal akan berkata "Ini bukan kerja saya"
Yang berjaya berkata "Susah tetapi boleh buat"
Yang gagal berkata " Boleh buat tetapi susah"
Yang berjaya memperbaiki kesilapan diri
Yang gagal menyalahkan orang lain
Yang berjaya kegagalan menjadi pengajaran
Yang gagal kegagalan menjadi kecundang
Jadikan pengalaman hari ini sebagai pengajaran, jadikan pengajaran itu sebagai satu tauladan pada masa akan datang.
Wednesday, August 19, 2009
Petua Imam Syafie
Empat perkara melemahkan badan
Empat perkara menajamkan Mata
Empat perkara merosakkan Mata
Empat perkara menajamkan fikiran
EMPAT CARA TIDUR
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit Dan Bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat Malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak Dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH .........
Tuesday, August 18, 2009
Cinta Seorang Lelaki
- Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk kekasihnya dengan rela dan bukan kerana terpaksa.
- Dia sentiasa menasihati kekasihnya kerana dia amat menyanyangi kekasihnya.
- Dia sentiasa takut akan kehilangan kekasihnya.
- Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya kerana perasaan cemburunya meluap-luap.
- Dia mudah cemburu dan sensitif jika kekasihnya tidak beri perhatian kepadanya.
- Dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa sahaja.
- Dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
- Dia lebih mementingkan kekasihnya lebih daripada dirinya sendiri.
- Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu dengar sabar.
- Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling penting berbanding dengan orang lain.
- Bukan semua lelaki sanggup untuk menitiskan air mata untuk seorang perempuan.
Wednesday, August 12, 2009
Lawatan Sambil Belajar Ke Sabah
Banyak tempat-tempat menarik yang kami lawati sepanjang kami kat Labuan dan Kota Kinabalu dan pelbagai kenangan dan pengalaman yang aku dapat daripada lawatan ini. Kat sini aku post kan gambar-gambar sepanjang lawatan tersebut. Kalau boleh lepas ni aku nak pergi sekali lagi dengan family aku.
Di Labuan kami menginab di Apartment Beta. Ia berhampiran dengan pekan Labuan. Semasa kami di Labuan kami bergerak dengan menaiki bas Perbandaran Labuan yang telah disewa khas melalui Pegawai Jabatan Penerangan Labuan.
Kami berkesempatan melawat perusahaan Mee Lidi (kalau kat sini macam mee sanggul je) yang diusahakan oleh AJK Komuniti BESTARI Bukit Kuda, Zon 10, Labuan. Pasaran Mee Lidi ini masih belum sampai ke semenanjung lagi. Buat masa sekarang pasarannya hanya di sekitar Sabah dan Sarawak.
Gambar ni diambil sewaktu kami melawat kaki Gunung Kinabalu. Perjalanan yang diambil dari Kota Kinabalu selama 2 jam dengan menaiki van. Di Kota Kinabalu kami bermalam di Kompleks Sukan Kota Kinabalu. Permandangan di kaki Gunung Kinabalu cukup indah dan angin bertiup agak kuat. Walau tak dapat mendaki dapat lihat dari kaki gunung sudah cukup membanggakan.
Banyak lagi tempat-tempat menarik yang kami kunjunggi sewaktu kami berada di Labuan da Kota Kinabalu. Pengalaman yang diperolehi cukup menarik. Jika ada yang berkesempatan dan belum sampai ke Sabah lagi, eloklah kita melancong melihat keindahan di Sabah. Banyak lagi tempat-tempat perlancongan kat Malaysia ni yang kita boleh melawat.
Thursday, August 06, 2009
Botol NANO - Water Can
Nano water can adalah sejenis bekas air berteknologi Nano dan F.I.R (Pancaran Infra Merah Jauh) yang mampu memecahkan air hingga ke skala terhalus yang membolehkan ia diserap dengan lebih cepat oleh badan kita.Nano water can yang ringan dan tidak berkarat ini dihasilkan dari Titanium & Stainless Steel. Bahan asas F.I.R pembuatan Nano Water Can ini terdiri daripada serbuk batu batan seperti Tourmaline, Germanium & zamrud yang mengandungi serta memancarkan Infra Merah jauh kekal.
Nano Water Can membantu penyakit-penyakit berikut:-
- Diabetes (Kencing Manis)
- Lemah Jantung
- Gout (Asam Urat)
- Batu Karang
- Migran
- Asma
- Ulser
- Membuang Toksin
- Dan berbagai lagi penyakit lain.
*Sebulan yang lepas aku telah beli Nano Water Can ini dan bagi kepada ayah di kampung untuk menggunakannya. Jika sebelum ni setiap kali selepas turun ke sawah, dia akan sakit sendi-sendi dan urat. Namun selepas sebulan menggunakan Nano Water Can ini, sakit-sakit sendi hilang dan dia boleh turun ke sawah lebih kerap lagi..
Sekarang aku sendiri yang menggunakannya dan alhamdulillah... tenaga semakin bertambah dan aku rasakan cukup berpuas hati dengan Nano Water Can ini.
Wednesday, August 05, 2009
Adakah Cinta Memerlukan Sebab..
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata:
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini :
"Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."
Monday, August 03, 2009
Petua Simpan Rahsia Curang
- Jangan tinggalkan jejak. Contohnya, padam semua SMS dalam inbox dan outbox telefon serta segala data panggilan sebelum menjejak kaki ke rumah. Jangan tinggalkan tanda apapun di baju atau kenderaan. Sembunyikan apa jua barang yang boleh mengundang curiga.
- Elakan bercinta dengan gadis satu pejabat. Walaupun anda jujur dan ikhlas untuk mengahwininya kelak tetapi ia mudah mengundang 'soksek' yang boleh memudaratkan imej dan kerjaya.
- Berterus terang mengenai status. Ini harus dilakukan dengan berhati-hati dan jangan mudah menabur janji. Pengertian daripada sang kekasih memudahkan anda mengatur rancangan untuk langkah seterusnya. Ini jurus paling jitu kerana pintu keluar akan sentiasa terbuka.
- Semampu mungkin rahsiakan alamat rumah dan no telefon isteri. Ia sebagai persiapan jika berlaku sesuatu yang diluar dugaan. Perempuan sukar diduga. Dalam kelembutan mereka boleh bertindak nekad terutamanya semasa sedang naik angin.
- Sentiasa bersiap sedia dengan pelbagai rancangan, alasan, jawapan, mahupun temberang. Ini sebagai langkah berjaga-jaga. Siapa tahu isteri bertanyakan hal yang macam-macam. Skrip cerita harus selalu menyakinkan. Usahakan sentiasa menatap matanya bahkan menangis kalau terdesak.
- Semasa bertemu sang kekasih, pastikan tidak ke tempat yang anda selalu pergi bersama keluarga. Selalu perhatikan tiada sesiapa yang mengenali anda. Ingat! ramai yang suka kita, tetapi lebih ramai yang geram melihat kita 'curang'
Tidak mudah untuk menyimpan rahsia jelik daripada pengetahuan isteri. mempunyai kekasih muda mengundang seribu satu rasa. Rasa yang menyenangkan. Rasa yang membahagiakan seperti kembali ke usia muda. Tentu sahaja, ia berlaku selagi anda belum menjadi tupai yang jatuh ke tanah.
Petikan : Mega, Utusan Malaysia, Isnin 3 Ogos 2009




