- Buah mangga dipercayai berasal dari kawasan sekitar Indonesia, Burma iaitu dari selatan Asia Timur dan juga India.
- Setiap 100 gram mangga yang masak ranum mengandungi sekurang-kurangnya 82 peratus air, 41 mg vitamin C dan 73 kalori.
- Setiap 100 gram isi buah mangga mengandungi lebih kurang 2.1 gram protein, 0.5 gram lemak, 14.1 gram karbohidrat dan fosforus.
- Sebiji buah mangga mengandungi lebih kurang 7 - 12 peratus gula, tetapi ada juga yang boleh mencapai sehingga 16 - 18 peratus.
- Setiap 100 gram mangga muda yang belum matang pula mengandungi lebih kurang 84 peratus air, 65 gram vitamin C dan 65 kalori.
- Sumber zat lain seperti beta karotin, kalsium juga terkandung di dalam buah mangga.
- Tekstur isi buah mangga amat berbeza di antara satu sama lain. Ada yang mempunyai tekstur yang lembut seperti buah plum yang masak ranum, dan ada juga yang mempunyai isi yang pejal seperti buah avokado.
- Rasanya juga pelbagai. Ada yang masam dan ada yang manis. Isi buah yang manis lebih sesuai dijadikan jus. malah kandungan airnya juga tinggi menyebabkan buah ini amat menyegarkan ketika dimakan.
- Daun buah mangga sangat toksik terhadap lembu.
- Buah mangga dikatakan dapat melegakan usus kerana ia mudah dicernakan.
- Buah mangga juga dipercayai dapat membantu menghentikan pendarahan, menguatkan jantung dan memberi manfaat pada otak.
- Menurut masyarakat India, buah mangga sangat baik untuk perkembangan bayi di dalam kandungan.
Saturday, December 12, 2009
Mengenai Mangga
Wednesday, September 09, 2009
Ceriakan Hari Anda..
Jawapannya kerana:
Kerana kalau kawin satu isONE
Kalau kawin dua isTWO
Kalau kawin tiga barulah isTERI
SENYUM pada orang tua tanda sayang
SENYUM pada kanak-kanak tanda kasih
SENYUM pada kekasih tanda cinta
SENYUM depan telefon tanda gila
Masih SENYUM lagi…. Memang sah GILA!
“manusia jatuh cinta? Tak heran…”
Kuda makan rumput? Tak aneh…
MONYET pandai picit TETIKUS? HEBAT!!!
Masih Picit?
Luar biasa!!!
“Cinta… ibarat kentut…”
Makin dipendam makin gelisah…
Bila dilepaskan….
Ahhhh lega rasanya…
Aku terpaku dek renungan matamu
Hatiku tertanya-tanya, Benarkah ini?
Nafas ku tertahan, kau tunduk segan…
Lalu ku bertanya, “kau…kentutkan?”
“bila hidupmu dalam kegelapan”
Maka berdoalah; dan apabila selesai berdoa,
Monday, September 07, 2009
Cerita 20 Ringgit
Anak: Ayah.. ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm... nak tanya apa?
Anak: Ayah.. berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu.. buat apa sibuk-sibuk nak tanya?.. si ayah mula menengking..
Anak: Amin saja nak tahu.. tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat.. si anak mula merayu kepada ayahnya.
Ayah: 20 ringgit sejam.. kenapa nak tahu? jerkah ayahnya.
Anak: Oo.. 20 ringgit.. Amin menundukkan kepalanya.. Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang dan berkata.."oh.. itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah?.. kamu nak buat apa dengan duit tu?.. mintak sampai 10 ringgit.. nak beli mainan lagi?.. ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. sudah, pergi masuk bilik.. tidur!.. dah pukul berapa ni!!
Si anak terdiam dam perlahan lahan dia masuk ke biliknya.
Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.. kira-kira sejam kemudian, si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit itu untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebegitu banyak.. dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya, didapati anaknya masih belum tidur.
Ayah: Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? nah.. ambil ni.
Si ayah mengeluarkan sekeping duit warna merah.. si anak segera bangun dan tersenyum girang.
Anak: Terima kasih banyak ayah.
Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping lagi duit 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal.. bila ternampak duit itu si ayah kembali berang.
Ayah: Kenapa kamu minta duit lagi sdangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?.. dan dari mana kamu dapat duit tu?..
Si anak tunduk tak berani dia merenung ayahnya.. sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan..
Anak: Duit ni Amin kumpul dari duit belanja sekolah yang ayah bagi setiap hari.. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit.
Ayah: Tak cukup duit nak beli apa?.. jerkah ayahnya lagi.
Anak: Ayah.. sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. nah ayah ambil duit ni.. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat.. Amin nak ayah balik kerja awal esok.. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.. Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya.
Moral...
Friday, September 04, 2009
Mengatasi Rendah Diri - Dr Fadilah Kamsah
Mengatasi Rendah Diri 2
Mengatasi Rendah Diri 3
Mengatasi Rendah Diri 4
Thursday, September 03, 2009
Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu, air dalam tin
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam
Perkara-perkara yang perlu diamalkan
Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selalu menggunakan imajenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9..00malam
Wednesday, September 02, 2009
Pemimpin Kita
Tunku Abdul Rahman
(1957 – 1970)
31 Ogos 1957
Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada British.
12 Julai 1960
Perintah Darurat berikutan ancaman pengganas komunis yang dilaksanakan sejak tahun 1948 ditarik balik di Persekutuan Tanah Melayu.
16 September 1963
Malaysia dibentuk secara rasmi merangkumi negeri-negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura.
30 September 1963
Lembaga Urusan Tabung Haji mula beroperasi yang bukan sahaja untuk pengurusan ibadat haji tetapi juga bertujuan mewujudkan skim tabungan kepada masyarakat Islam.
9 Ogos 1965
Singapura keluar dari Malaysia. Keputusan tersebut diambil oleh Tunku Abdul Rahman berikutan beberapa faktor terutamanya bahaya politik berasaskan perkauman yang dibawa pemimpin Singapura.
28 Mei 1966
Konfrantasi Indonesia keatas Malaysia diisytiharkan tamat yang disusuli tidak lama kemudian dengan satu perjanjian keamanan.
13 Mei 1969
Pergaduhan kaum terburuk dalam sejarah negara. Peristiwa berdarah yang lebih dikenali sebagai Tragedi 13 Mei itu turut meragut banyak nyawa. Berikutan itu fungsi Parlimen telah digantung dan negara ditadbir oleh Majlis Gerakan Negara (Mageran) sehinggalah dua tahun kemudian.
31 Ogos 1970
Rukun Negara dibentuk kira-kira setahun selepas Tragedi 13 Mei. Ia menjadi ideologi kebangsaan yang terus diamalkan sehingga sekarang.
Perdana Menteri Kedua
Tun Abdul Razak
(1970 – 1976)
1971
Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan yang mempunyai strategi serampang dua mata iaitu untuk menyusun semula masyarakat berikutan ketidakseimbangan ekonomi dan juga membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.
1 Februari 1974
Wilayah Persekutuan secara rasmi ditubuhkan dengan melibatkan kawasan Kuala Lumpur yang seterusnya menjadi Ibu Negara.
17 Ogos 1974
Petronas atau Petrolium Nasional Berhad ditubuhkan secara rasmi.
1975
Rukun Tetangga yang ditubuhkan bagi membolehkan rakyat mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Ia menjadi medium utama kepada kerajaan ketika itu dalam menyatupadukan rakyat dan mewujudkan keamanan.
Perdana Menteri Ketiga
Tun Hussein Onn
(1976 – 1981)
17 Mac 1978
Permodalan Nasional Berhad (PNB) ditubuhkan untuk meningkatkan tabungan bumiputra. Berikutan itu lahirlah skim amanahnya yang pertama iaitu Amanah Saham Nasional (ASN). Ia dilancarkan secara rasmi oleh Tun Hussein Onn pada April 1981.
Perdana Menteri Keempat
Tun Mahathir Mohamed
(1981 – 2003)
9 Julai 1985
Kereta nasional pertama, Proton Saga dilancarkan.
14 September 1985
Jambatan Pulau Pinang mula dibuka kepada lalu lintas. Jambatan kebanggaan negara itu bukan sahaja antara jambatan terpanjang di Asia ketika itu tetapi juga dianggap sebagai pencapaian hebat dalam kejuruteraan.
2 Disember 1989
Perjanjian damai antara Parti Komunis Malaya (PKM) dan Kerajaan Malaysia dimeterai di Haadyai, Thailand. Perjanjian itu menandakan penamatan pemberontakan bersenjata oleh pengganas komunis selama lebih 40 tahun.
29 Ogos 1994
Perodua iaitu syarikat kereta nasional kedua melancarkan modelnya yang pertama iaitu Perodua Kancil.
13 Januari 1996
Satelit komunikasi pertama syarikat Measat, MEASAT-1 dilancarkan ke orbit. Pelancaran satelit berkenaan menandakan bermulanya era televisyen satelit berbayar di negara ini.
1 Oktober 1996
Satu lagi mercu tanda ibu negara iaitu Menara Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamed. Menara telekomunikasi yang terletak 515 meter dari aras laut itu mempunyai ketinggian sebenar 421 meter.
4 Oktober 1996
Motoskal Modenas yang pertama dikeluarkan – Kriss.
27 Jun 1998
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terletak di Sepang dirasmikan. Lapangan Terbang serba moden itu menelan kos sebanyak RM9 bilion.
31 Ogos 1998
Menara Berkembar Petronas secara rasmi dibuka dan ia menjadi bangunan tertinggi di dunia ketika itu sehingga tahun 2004. namun menara itu masih kekal sebagai bangunan berkembar tertinggi di dunia.
9 Mac 1999
Litar Antarabangsa Sepang dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Perlumbaan berprestij Formula 1 kemudiannya dilangsungkan pertama kali di litar F-1 Sepang pada 17 Oktober tahun yang sama.
1 Februari 2001
Putrajaya disatukan secara rasmi dengan Wilayah Persekutuan. Dari tarikh itu Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan bertempat di Putrajaya. Ia mula dibina sejak tahun 1995.
Perdana Menteri Kelima
Tun Abdullah Ahmad Badawi
(2003 – 2009)
10 Oktober 2007
Sheikh Muszapar Shukor menjadi rakyat Malaysia pertama berjaya ke angkasa lepas. Doktor perubatan kelahiran Seremban itu berada di angkasa selama 10 hari.
Perdana Menteri Keenam
Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak
(2009 – kini)
Tuesday, September 01, 2009
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
1Malaysia, walau berbeza kaum dan agama, kita bersatu dalam menyambut kemerdekaan negara yang tercinta.
Monday, August 31, 2009
Cantik Di Hati
Menasihati orang yang bersalah tidak salah, yang salah adalah memikirkan kesalahan orang lain.
Kalau orang yang menghina kita, bukan kita yang terhina tetapi sebenarnya orang itu menghina diri sendiri.
Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasullullah S.A.W bersabda; “sampaikan pesan ku biarpun satu ayat…. “Diam bukan bermakna sombong! Jadi kita dinasihatkan hendaklah kita banyak berdiam (berzikir di dalam hati) dan senyum selalu kerana senyum itu adalah satu sedekah.
Wednesday, August 26, 2009
5 Cara Kurangkan Tekanan Kerja..
Kita sering terleka dengan kerja yang kita buat sehingga kita sering menerima tekanan daripada kerja terbabit. Kita tidak seharusnya merasa tertekan dengan kerja yang diamanahkan kepada kita. Sebaliknya kita hendaklah bijak dalam mencari jalan untuk menghilangkan tekanan daripada kerja. Antara langkah-langkah yang boleh kita lakukan seperti:-
- Membaca kisah lucu.
Membaca bahan lucu bukan hanya boleh membuatkan kita tertawa, tetapi ia juga mampu mengurangkan tekanan. Layari sahaja lman web yang mempunyi cerita lawak mahupun gambar yang boleh membuatkan anda terlupa seketika soal kerja. Namun, awas jangan sehingga terleka. - Berbual dengan teman sebelah.
Tidak salah jika sesekali kita berbual dengan teman sebelah meja mengenai topik umum mahupun soal politik semasa. Namun jangan pula isu tersebut menjadi sensitif hingga memberi tekanan kepada anda dan yang lebih penting jangan sehingga hubungan anda dengan teman anda terjejas. - Ke pantri atau kafe.
Anda boleh menjeguk sebentar ke pantri dan membuat sendiri minuman panas anda dan menghirupnya dengan perlahan. Ia akan membuatkan minda anda lebih tenang dan positif. - Ke tandas.
Bergerak sebentar dan jika anda tidak mempunyai destinasi singgah sebentar ke tandas. Ini kerana sepanjang perjalanan ke tandas anda akan menegur dengan rakan sepejabat dan segarkan diri dengan membasuh muka. - Berkunjung ke tempat baru.
Jika anda merasa terlalu tertekan, tinggalkan tugasan dan keluar daripada pejabat. Berkunjung ke tempat baru dapat mengurangkan tekanan dan kesegaran yang berbeza. Ia juga memberi inspirasi untuk tugasan yang sedang anda lakukan.
Monday, August 24, 2009
Yang Berjaya Dan Yang Gagal
Yang gagal selalunya mempunyai alasan
Yang berjaya masalah menjadi cabaran
Yang gagal menjadikan masalah sebagai halangan
Yang berjaya selalu berkata "Biar saya buat untuk anda"
Yang gagal akan berkata "Ini bukan kerja saya"
Yang berjaya berkata "Susah tetapi boleh buat"
Yang gagal berkata " Boleh buat tetapi susah"
Yang berjaya memperbaiki kesilapan diri
Yang gagal menyalahkan orang lain
Yang berjaya kegagalan menjadi pengajaran
Yang gagal kegagalan menjadi kecundang
Jadikan pengalaman hari ini sebagai pengajaran, jadikan pengajaran itu sebagai satu tauladan pada masa akan datang.
Wednesday, August 19, 2009
Petua Imam Syafie
Empat perkara melemahkan badan
Empat perkara menajamkan Mata
Empat perkara merosakkan Mata
Empat perkara menajamkan fikiran
EMPAT CARA TIDUR
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit Dan Bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat Malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak Dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH .........
Tuesday, August 18, 2009
Cinta Seorang Lelaki
- Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk kekasihnya dengan rela dan bukan kerana terpaksa.
- Dia sentiasa menasihati kekasihnya kerana dia amat menyanyangi kekasihnya.
- Dia sentiasa takut akan kehilangan kekasihnya.
- Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya kerana perasaan cemburunya meluap-luap.
- Dia mudah cemburu dan sensitif jika kekasihnya tidak beri perhatian kepadanya.
- Dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa sahaja.
- Dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
- Dia lebih mementingkan kekasihnya lebih daripada dirinya sendiri.
- Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu dengar sabar.
- Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling penting berbanding dengan orang lain.
- Bukan semua lelaki sanggup untuk menitiskan air mata untuk seorang perempuan.
Wednesday, August 12, 2009
Lawatan Sambil Belajar Ke Sabah
Banyak tempat-tempat menarik yang kami lawati sepanjang kami kat Labuan dan Kota Kinabalu dan pelbagai kenangan dan pengalaman yang aku dapat daripada lawatan ini. Kat sini aku post kan gambar-gambar sepanjang lawatan tersebut. Kalau boleh lepas ni aku nak pergi sekali lagi dengan family aku.
Di Labuan kami menginab di Apartment Beta. Ia berhampiran dengan pekan Labuan. Semasa kami di Labuan kami bergerak dengan menaiki bas Perbandaran Labuan yang telah disewa khas melalui Pegawai Jabatan Penerangan Labuan.
Kami berkesempatan melawat perusahaan Mee Lidi (kalau kat sini macam mee sanggul je) yang diusahakan oleh AJK Komuniti BESTARI Bukit Kuda, Zon 10, Labuan. Pasaran Mee Lidi ini masih belum sampai ke semenanjung lagi. Buat masa sekarang pasarannya hanya di sekitar Sabah dan Sarawak.
Gambar ni diambil sewaktu kami melawat kaki Gunung Kinabalu. Perjalanan yang diambil dari Kota Kinabalu selama 2 jam dengan menaiki van. Di Kota Kinabalu kami bermalam di Kompleks Sukan Kota Kinabalu. Permandangan di kaki Gunung Kinabalu cukup indah dan angin bertiup agak kuat. Walau tak dapat mendaki dapat lihat dari kaki gunung sudah cukup membanggakan.
Banyak lagi tempat-tempat menarik yang kami kunjunggi sewaktu kami berada di Labuan da Kota Kinabalu. Pengalaman yang diperolehi cukup menarik. Jika ada yang berkesempatan dan belum sampai ke Sabah lagi, eloklah kita melancong melihat keindahan di Sabah. Banyak lagi tempat-tempat perlancongan kat Malaysia ni yang kita boleh melawat.
Thursday, August 06, 2009
Botol NANO - Water Can

Nano water can yang ringan dan tidak berkarat ini dihasilkan dari Titanium & Stainless Steel. Bahan asas F.I.R pembuatan Nano Water Can ini terdiri daripada serbuk batu batan seperti Tourmaline, Germanium & zamrud yang mengandungi serta memancarkan Infra Merah jauh kekal.
Nano Water Can membantu penyakit-penyakit berikut:-
- Diabetes (Kencing Manis)
- Lemah Jantung
- Gout (Asam Urat)
- Batu Karang
- Migran
- Asma
- Ulser
- Membuang Toksin
- Dan berbagai lagi penyakit lain.
*Sebulan yang lepas aku telah beli Nano Water Can ini dan bagi kepada ayah di kampung untuk menggunakannya. Jika sebelum ni setiap kali selepas turun ke sawah, dia akan sakit sendi-sendi dan urat. Namun selepas sebulan menggunakan Nano Water Can ini, sakit-sakit sendi hilang dan dia boleh turun ke sawah lebih kerap lagi..
Sekarang aku sendiri yang menggunakannya dan alhamdulillah... tenaga semakin bertambah dan aku rasakan cukup berpuas hati dengan Nano Water Can ini.
Wednesday, August 05, 2009
Adakah Cinta Memerlukan Sebab..
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata:
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini :
"Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."
Monday, August 03, 2009
Petua Simpan Rahsia Curang
- Jangan tinggalkan jejak. Contohnya, padam semua SMS dalam inbox dan outbox telefon serta segala data panggilan sebelum menjejak kaki ke rumah. Jangan tinggalkan tanda apapun di baju atau kenderaan. Sembunyikan apa jua barang yang boleh mengundang curiga.
- Elakan bercinta dengan gadis satu pejabat. Walaupun anda jujur dan ikhlas untuk mengahwininya kelak tetapi ia mudah mengundang 'soksek' yang boleh memudaratkan imej dan kerjaya.
- Berterus terang mengenai status. Ini harus dilakukan dengan berhati-hati dan jangan mudah menabur janji. Pengertian daripada sang kekasih memudahkan anda mengatur rancangan untuk langkah seterusnya. Ini jurus paling jitu kerana pintu keluar akan sentiasa terbuka.
- Semampu mungkin rahsiakan alamat rumah dan no telefon isteri. Ia sebagai persiapan jika berlaku sesuatu yang diluar dugaan. Perempuan sukar diduga. Dalam kelembutan mereka boleh bertindak nekad terutamanya semasa sedang naik angin.
- Sentiasa bersiap sedia dengan pelbagai rancangan, alasan, jawapan, mahupun temberang. Ini sebagai langkah berjaga-jaga. Siapa tahu isteri bertanyakan hal yang macam-macam. Skrip cerita harus selalu menyakinkan. Usahakan sentiasa menatap matanya bahkan menangis kalau terdesak.
- Semasa bertemu sang kekasih, pastikan tidak ke tempat yang anda selalu pergi bersama keluarga. Selalu perhatikan tiada sesiapa yang mengenali anda. Ingat! ramai yang suka kita, tetapi lebih ramai yang geram melihat kita 'curang'
Tidak mudah untuk menyimpan rahsia jelik daripada pengetahuan isteri. mempunyai kekasih muda mengundang seribu satu rasa. Rasa yang menyenangkan. Rasa yang membahagiakan seperti kembali ke usia muda. Tentu sahaja, ia berlaku selagi anda belum menjadi tupai yang jatuh ke tanah.
Petikan : Mega, Utusan Malaysia, Isnin 3 Ogos 2009
Thursday, July 30, 2009
Kebersihan Tangan.
Virus H1N1 ini merupakan satu virus yang merbahaya. Walaupun jumlah kematian di Malaysia akibat virus ini masih dalam jumlah kecil, kita tidak boleh pandang ringan dalam hal tersebut. Virus ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja walaupun seseorang itu merasakan antibodinya kuat dan mampu untuk menahan virus tersebut.
Namun begitu kita boleh mencegah virus tersebut dengan beberapa kaedah atau cara terutamanya dari segi kebersihan tangan. Kita perlulah sentiasa mencuci tangan kita bagi memastikan ianya sentiasa bersih. Terdapat 7 cara untuk kita membasuh tangan agar ia benar-benar bersih.
1. Basahkan tangan dan ratakan sabun dengan sempurna.
2. Gosok kedua-dua tapak tangan.
3. Gosok setiap jari dan celah jari.
4. Gosok kuku di tapak tangan.
5. Gosok belakang tangan dan celah jari.
6. Basuh tangan dengan air bersih secukupnya.
7. keringkan tangan dengan kain bersih atau tisu.
Dengan kita menjaga kebersihan tangan diharap kita dapat menhindari dari virus H1N1 dan pelbagai penyakit yang lain.
"mencegah lebih baik dari merawat".
Saturday, June 20, 2009
Dulu Dan Sekarang......






SEKARANG semua pejabat dah guna komputer untuk menaip surat atau kerja-kerja yang berkaitan dengan perkeranian.. sekarang ni pun hampir setiap orang ada komputer sendiri... seorang satu komputer.
Walau pun banyak lagi benda yang kita boleh buat perbandingan antara dulu dengan sekarang... aku cuma pilih yang ini sahaja... yang lain kau orang fikir sendiri la... Zaman dah berubah, dunia dah makin maju.
Monday, June 15, 2009
Pelik Tapi Benar
oatk adna jgua pleik
beolh tak adna bcaa parkatean aatu aayt ini?..klaau adna bleoh, nii brmkanea oatk adna jgua pleik..hnaya 50 drapidaa 100 oanrg ynag bleoh..syaa tdaik pryacea bhawaa syaa sbnaerynea bleoh bcaa ini..taleh dbiutkakn bwahaa oatk mnauisa tdaik mbaecma kselueruahn praktaean taepti hnyaa hruuuf id hpadaan dan id akihr shajaa..hruuf id hpadaan dan id akihr ynag prleu bdarea id tmapet ynag btuel..kaeadan hruuf lian tadik dmabil kria..dan wlaauupn bterauber, adna msiah dpaat mmaebca nya..dsayat kan? syaa salelau fkiir eaajn aladah ptneig!...
Tuesday, April 28, 2009
Penyakit Tiroid
Wednesday, April 15, 2009
Erti Seorang Sahabat
Mula-mula kejar.. dah dapat sepak..
2) kawan tu bukan macam main SKATE.
Mula-mula gosok..lepas tu pijak...
3) kawan tu bukan macam main RAGBI.
Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..
4) kawan tu bukannya macam PAMPERS..
dah pakai, buang..
5) kawan tu bukannya macam BARANG KEMAS.
Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.
6) kawan tu bukan macam PELANGI...
Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..
7) kawan tu bukan macam KERETA.
Rosak sikit jual.. ambil kereta baru..
8) kawan tu bukan macam CHIPSMORE..
kejap ade kejap takde..
9) kawan tu bukan macam BANK.
Bila dah takde duit, pergi kat sana ambik...
Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis,
sedih, berduka dan sebagai nya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya. . :)
MUAH....MUAH! !!!!